Zizan Tangguh Kahwin

Zizan Enggan Ulas Perkahwinan Ditangguh 

Kuala Lumpur - Artis terkenal, pelawak, pengacara dan pelakon Zizan Razak enggan ber cerita lanjut mengenai khabar angin mengatakan perkahwinannya dengan seorang gadis dikenali sebagai Edora yang dikatakan berlangsung bulan ini ditangguhkan. 

Zizan atau Mohd Razizan Abd Razak, 31, berkata, dia mempunyai alasan peribadi untuk tidak ber cerita mengenai ura-ura perkahwinan dengan gadis yang berasal dari Terengganu itu. 

"Saya minta maaf tidak dapat komen apa-apa mengenai hal itu. Saya ada sebab yang terlalu peribadi membabitkan keluarga dan beberapa pihak lain untuk tidak ber cerita lanjut."

"Tunggulah apabila tiba masa sesuai saya akan ber cerita. Saya harap anda faham dan hormati situasi saya sekarang," kata artis terkenal itu lagi. 

Baru-baru ini sumber Harian Metro menyampaikan perancangan hero Cicakman 3 itu untuk berkahwin dengan gadis berusia 24 tahun berkemungkinan ditangguhkan  kerana beberapa hal peribadi yang perlu diselesaikan dalam keluarga. 

 photo zizan-razak-tak-jadi-kahwin-edora_zpsrghxv8kl.jpg

Isu mengenai perancangan Zizan untuk berkahwin mencuri tumpuan umum secara tiba-tiba pada pertengahan April lalu apabila juri Ceria Popstar 3 itu mengakui ura-ura berkenaan. 

Bagaimanapun sehingga hari ini tiada pendedahan secara terperinci dilakukan Zizan mengenai identiti dan butiran perkara terbabit. 

Tambahnya, dia kini berada di dalam dilema untuk bercerita secara mendalam mengenai isu berkenaan. 

"Apa yang saya boleh katakan, kedudukan sekarang tidak berapa bagus untuk saya bercerita apa-apa." 

"Sebenarnya saya tengah pening sangat. Harap sangat supaya hal ini tidak dibesar-besarkan lagi," kata artis itu yang baru pulang dari Gold Coast Australia untuk penggambaran drama bersiri Strawberi & Karipap untuk Astro Ceria. 


Sumber : Harian Metro Edisi 13-06-2015 bersamaan 26 Syaaban 1436H     

 

No comments: